
TikTok Shop Category Qualifications Are Expiring: Renew Before 29 September 2026
Hello, business friends!
TikTok Shop Malaysia sent a warning to sellers on 31 August 2026 and again on 1 September 2026. The message is simple. Your category qualifications are expiring soon.
What Is A Category Qualification
A category qualification is the proof that TikTok Shop asks for before you are allowed to sell in certain categories. The warning lists a very long set of them. Health, Fitness and Dieting. Maternity and Antenatal Education. Medical. Fashion and Beauty. Finance and Investment. Books, toys, learning products and many more.
If that proof expires, TikTok Shop stops you from selling in that category. Your listings are affected, not just your paperwork.
The Date You Must Remember
You must re-upload your category qualification and finish the authorisation before 29 September 2026.
After that date, you will not be able to sell products in those categories. This is not a warning that goes away by itself. It stays blocked until you fix it.
What You Must Actually Do
Open TikTok Shop Seller Center. Go to the Qualification Center and click the Category tab. Look at every category that carries an expiry warning. Upload the new document for each one, then wait for TikTok to approve it.
Approval is not instant. Do not leave this to 28 September.
Also open the Policy Center and read the current document rules. The requirements change from time to time. A certificate that was accepted last year may not be accepted now.
Why This Costs Real Money
Say your shop earns RM500 a day from health and beauty products. Your qualification expires on 29 September and you only settle it on 6 October. That is 7 days blocked. RM500 x 7 = RM3,500 gone.
And that is only the direct sales. Your live sessions and videos lose their momentum too, and that is much harder to win back than the RM3,500.
Bahasa Malaysia
Hai rakan usahawan!
TikTok Shop Malaysia telah menghantar amaran kepada penjual pada 31 Ogos 2026 dan sekali lagi pada 1 September 2026. Mesejnya mudah. Kelayakan kategori anda akan tamat tempoh tidak lama lagi.
Apa Itu Kelayakan Kategori
Kelayakan kategori adalah bukti yang diminta oleh TikTok Shop sebelum anda dibenarkan menjual dalam kategori tertentu. Senarai dalam amaran itu sangat panjang. Kesihatan dan Kecergasan. Bersalin dan Pendidikan Antenatal. Perubatan. Fesyen dan Kecantikan. Kewangan dan Pelaburan. Buku, permainan, produk pembelajaran dan banyak lagi.
Jika bukti itu tamat tempoh, TikTok Shop akan menghalang anda daripada menjual dalam kategori tersebut. Produk anda terkesan, bukan setakat dokumen sahaja.
Tarikh Yang Perlu Diingat
Anda mesti muat naik semula kelayakan kategori dan selesaikan proses kebenaran sebelum 29 September 2026.
Selepas tarikh itu, anda tidak boleh menjual produk dalam kategori berkenaan. Ia tidak akan hilang dengan sendiri. Ia kekal disekat sehingga anda betulkan.
Apa Yang Perlu Anda Buat
Buka TikTok Shop Seller Center. Pergi ke Qualification Center dan klik tab Category. Lihat setiap kategori yang ada amaran tamat tempoh. Muat naik dokumen baharu untuk setiap satu, kemudian tunggu TikTok luluskan.
Kelulusan bukan serta merta. Jangan tunggu sampai 28 September.
Buka juga Policy Center dan baca syarat dokumen yang terkini. Syarat ini berubah dari semasa ke semasa. Sijil yang diterima tahun lepas mungkin tidak diterima sekarang.
Berapa Kosnya
Katakan kedai anda dapat RM500 sehari daripada produk kesihatan dan kecantikan. Kelayakan tamat pada 29 September dan anda hanya selesaikan pada 6 Oktober. Itu 7 hari disekat. RM500 x 7 = RM3,500 hilang.
Itu jualan terus sahaja. Live dan video anda pun hilang momentum, dan itu lagi susah nak dapat balik daripada RM3,500 tadi.
Semak Qualification Center anda hari ini. Kalau anda nak belajar cara urus kedai TikTok Shop dengan betul dan elak masalah macam ini, ikuti program HyperGrowth Media & Academy.
HyperGrowth Team